Sabtu, 22 November 2014

eRti KeHiDuPaN

Assalamualaikum …
Alhamdulilah sehingga hari ini kita masih di beri peluang bernafas di atas bumi ciptaNya. Alhamdulilah. Sekian lama tak update blog ini. setelah lama menghilang, membawa diri yang tidak sempurna ini. menyepi untuk seketika. Terlalu banyak ujian yang di hadapi. Alhamdulilah sehingga sekarang diri ni Berjaya hadapinya. In sha allah di hari-hari yang bakal menjelang akan menguatkan lagi  iman kita dalam menghadapi ujian-ujianNya. In sha allah, Allah sentiasa bersama kita kan?? Allah tidak pernah bebankan hamba-hambanya dengan ujianNya. Ujian adalah tarbiah dari Allah, yang Dia berikan kepada seseorang itu. Allah Maha Mengetahui,Dia tahu tahap kemampuan seseorang itu. Semakin kita di uji semakin dekat kita denganNya. Alhamdulilah. Di sini saya ingin kongsi kan sebuah artikel yang menarik dan mengajar kita erti nilai kehidupan.

ALKISAH, ada seorang pemuda yang hidup sebatang kara. Pendidikan rendah, hidup dari bekerja sebagai buruh tani milik tuan tanah yang kaya raya. Walaupun hidupnya sederhana tetapi sesungguhnya dia mampu hadapi kehidupan kesehariannya dengan baik.
Pada suatu ketika, si pemuda merasa penat dengan kehidupannya. Dia tidak faham, untuk apa sebenarnya hidup di dunia ini. Setiap hari bekerja di ladang orang demi mencari rezeki sesuap nasi. Hanya sekadar melewati hari untuk menunggu bila akan mati. Pemuda itu merasa hampa, putus asa.
“Daripada tidak tahu hidup untuk apa dan hanya menunggu mati, lebih baik aku mengakhiri saja kehidupan ini,” katanya dalam hati. Disiapkannya seutas tali dan dia berniat menggantung diri di sebatang pohon.
Pohon yang dituju, saat melihat gelagat seperti itu, tiba-tiba menyela lembut. “Anak muda yang tampan dan baik hati, tolong jangan menggantung diri di dahanku yang telah berumur ini. Sayang, bila dia patah. Padahal setiap pagi ada banyak burung yang hinggap di situ, bernyanyi riang untuk menghibur siapapun yang berada di sekitar sini.”
Dengan bersungut-sungut, si pemuda pergi melanjutkan memilih pohon yang lain, tidak jauh dari situ. Saat bersiap-siap, kembali terdengar suara lirih si pohon, “Hai anak muda. Kamu lihat di atas sini, ada sarang lebah yang sedang dikerjakan oleh begitu banyak lebah dengan tekun dan rajin. Jika kamu mahu bunuh diri, silakan pindah ke tempat lain. Kasihanilah lebah dan manusia yang telah bekerja keras tetapi tidak dapat menikmati hasilnya.”
Sekali lagi, tanpa menjawab sepatah kata pun, si pemuda berjalan mencari pohon yang lain. Kata yang didengar pun tidak jauh berbeza, “Anak muda, kerana rindangnya daunku, banyak dimanfaatkan oleh manusia dan haiwan untuk sekadar beristirehat atau berteduh di bawah dedaunanku. Tolong jangan mati di sini.”
Setelah pohon yang ketiga, si pemuda termenung dan berfikir, “bahkan sebatang pohon pun begitu menghargai kehidupan ini. Mereka menyayangi dirinya sendiri agar tidak patah, tidak terusik, dan tetap rindang untuk  melindungi alam dan bermanfaat bagi makhluk lain”.
Segera timbul kesedaran baru. “Aku manusia; masih muda, kuat, dan sihat. Tidak layak aku melenyapkan kehidupanku sendiri. Mulai sekarang, aku harus punya cita-cita dan akan bekerja dengan baik untuk membawa manfaat bagi makhluk lain”.
Si pemuda itu pun pulang ke rumahnya dengan penuh semangat dan perasaan lega.


Kalau kita mengisi kehidupan ini dengan mengeluh, dan, tentu kita menjalani hidup ini (dengan) terasa terbeban dan saat tidak mampu lagi menahan akan mungkin kita mengambil jalan pintas iaitu bunuh diri.

Sebaliknya, kalau kita mampu menyedari sebenarnya kehidupan ini begitu indah tentu kita akan menghargai kehidupan ini. Kita akan mengisi kehidupan kita, setiap hari penuh dengan optimisme, penuh harapan dan cita-cita yang diperjuangkan, serta mampu bergaul dengan manusia-manusia lainnya.


Khamis, 14 Ogos 2014

Praktikal Oh Praktikal

Assalamualaikum. . . . 
Sekian lama menyepi . . . 
Kini aku telah menjalani praktikal di sebuah Hospital di Langkawi. 
Di Langkawi hanya Hospital Langkawi Bukit Tekuh inilah satu-satu hospital kerajaan dalam pulau ini . . .
Alhamdulilah setelah 2 bulan aku menjalani praktikal di sini. . . 
Pelbagai ilmu pengrtahuan yang baru aku perolehi pelajari di sini. . .
Pelbagai jenis perangai manusia ragam umat manusia  . . .
Di sini aku di ajar di ber pengetahuan dan pengalaman dalam alam pekerjaan yang bakal aku sendiri akan hadapinnya setelah tamat pengajian peringkat diploma ini . .. 
Alhamdulilah . . 
Projek untuk sem ini aku di beri amanah untuk membina sebuah system. . . 
System tersebut adalah System Appointment . . .
Kini projek tersebut masih dalam pembikinan (proses) . . .
Aku harapkan kehadiran aku di sini dapat membantu mereka . .
In Sha Allah i'm trying . . 
Antara aktiviti yang aku pernah lakukan pelajari sepanjang aku jalani praktikal :

 Kursus Microsoft Excel kepada staff-staff Hospital


Fasa kedua : Projek iaitu System Appointment


Pemasangan cable network untuk memudahkan connection
 network di antara PC ke PC yang lain

Rabu, 11 Jun 2014

FARAHDHIYA - Kau Telah Pergi (MTV) Composed by Aribia.

Khamis, 8 Mei 2014

2 TaHuN bErLaLu

Alhamdulilah 9 Mei  genap 2 tahun peristiwa kemalangan itu berlaku.
 Tapi rasa nya bagai semalam berlaku.
 Sebab kadang-kadang aku masih mengalami mimpi semasa kejadian itu berlaku. Sebelum kejadian itu aku pernah mengalami mimpi yang sama seperti dalam situasi yang aku alami dalam mimpi itu. 
Sampai di wad kecemasan baru aku tahu aku pernah mengalami, aku seolah-olah mula nya seperti tidak boleh menerima kenyataan diri aku seperti itu.
 Tapi semua itu telah aku alami.


Sudah 2 tahun aku hidup aku begini menahan kesakitan di bahagian paha, akibat kemalangan itu.
 Walau pun doctor telah masukkan besi di tulang paha ini sebagai penyokong untuk pertubuhan semula tulang yang patah itu, aku masih merasakan kesakitan yang tidak dapat aku ungkapkan dengn kata-kata seperti apa rasa kesakitan yang aku rasakan kecuali ALLAH S.W.T yang mengetahui bagaimana kesakitan yang aku hadapi, mungkin orang lain yang di sekiling aku boleh kata "ramai lagi orang yang diri mereka yang di masukkan besi dalam anggota tulang mereka tp mereka sihat jew, kenapa kau sakit"
Lebih baik menahan kesakitan ini keseorangan  tanpa pengtahuan mereka.
3  4 hari ini aku sering rasa sakit sesangat kat paha nie tak tahu kenapa.



Sudah 2 tahun juga kejadian itu berlaku tapi kenapa kadang-kadang aku masih mengalami gangguan tidur seperti malam kejadian itu berlaku, kadang - kadang aku tidur aku akan mengalami seperti anggota badan aku seolah-olah terjatuh dari suatu tempat yang tinggi dan aku terjatuh secara bertingkat-tingkat.


#Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi kesempatan kedua buat aku dan adik aku untuk meneruskan kehidupan kami.
 Ya Allah,Engkau lindungi ibu bapa, ahli keluarga ku, sahabat-sahabatku, muslimin muslimat dan saudara aku di luar sana jauhilah mereka dari kecelakaan, dan tempatkan mereka di kalangan orang-orang beriman  kelak#

Rabu, 7 Mei 2014

Sakura Band & Adi- Pelarian(Ost Jika Itu Takdirku)


Aku tak layak untuk kau, Tinggalkan aku, Lupakan ku. Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna kutahu, Cinta ini. Hanya pelarian bagimu.
Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang, aku tak perlukan orang yang pernah hargai perasaan orang yang sayangkan nya. 
Aku BAHAGIA dengan kehidupan aku!!

Khamis, 1 Mei 2014

"Rintihan Qalbu" - QALAM BAND FEAT. RAFIDAH IBRAHIM (LIRIK)



Tiada yang boleh yang mencintai diri aku seperti mana Engkau mencintai ku
Saat aku kehilangan insan-insan yang aku sayang insan yang aku cintai Engkau masih tetap mencintaiku.
Tiada yang boleh memahami isi hati ku dan mengetahui keadaan diri ku seperti mana Engkau memahani isi hati ku, mengetahui keadaan ku. 
Di saat insan-insan lain pergi meninggalkan aku Engkau sentiasa menemani ku..
Bila Engkau jauh dari diri ku, aku seperti berkhayal, hilang arah tujuan rasa kesepian dan hampa hati ini,..

Terima kasih Ya Allah..
Engkau sentiasa menemaiku Engaku yang mengetahui diri ku, 



Ahad, 27 April 2014

SeLaMat UlAnG TaHuN AbAh !!!

Assalamua'alaikum... 
Semoga hidup ini sentiasa di permudahkan segala urusan di dunia mahupun di akhirat.
28hb April adalah tarikh penting bagi aku sekeluarga. Tarikh tersebut adalah tarikh kelahiran abah aku. 
Alhamdulilah Allah masih memberi peluang aku adi beradik merasai kasih sayang seorang abah. 
Terima kasih Ya Allah..
Aku sangat menyayangi abah, dia juga adalah lelaki yang paling baik, bertanggungjawab, penyayang, paling memahami anak-anaknya. 
Aku tak nak kehilangannya aku nak dia selalu mendamping kami sekeluarga, menjadi penyokong, menjadi pembakar semangat kami adik beradik untuk terus betahan dan bersabar dalam menghadapi kehidupan ini.
Walaupun sekarang keaadaan abah aku kurang sihat, hampir setahun keadaan dia macam tuw namun aku xpernah berputus harapan, aku doakan yang tebaik buat nya,  aku sentiasa mendoakan nya agar dia sembuh seperti dahulu. 
Aku nak dia sihat seperti dahulu, seceria dahulu, 
Aku rindu abah yang dulu..
Aku sayang Abah..
SeLaMaT  uLaNg  TaHuN KeLaHiRaN yAnG kE- 57
Semoga abah cepat sembuh!! 

I NEED YOU IN OUR LIFE
WE LOVE YOU ABAH!!
 :')